CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 24, 2009

WEDDING CAKE- RABIAH UDA




Assalammualaikum...
Tempahan wedding cake tema pink ini pula dari Rabiah(mutiara rini)..menempah kek bagi pihak kawan sepejabatnya yang melangsungkan perkahwinan di UDA.. rabiah turut menempah fruit tarts sebagai hantaran..semuga berpuas hati ye Rabiah dan kawannya..Selamat Pengantin baru..semuga bahagia selamanya.AMIN.

Komen dari Yati.. (entry 11hb nov 2009)
salam kak..yati baru berkesempatan melawat blog akak. maklumlah baru 2 hari stat keje.. anyway, yati&fendy dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kerana akak sanggup menerima tempahan sekaligus dapat menyiapkan tempahan walaupun ada halangan besar yg datang menimpa keluarga akak. sebelum terlambat yati&fendy mengucapkan takziah dia atas pemergian ayah mertua akak. Cupcake akak memang sedap sbb kawan2 n saudara mara yati semua puji dan bagi yati pula memang sedap sbb yati bukanlah pemakan kek tapi bila rasa cupcake akak n kek yg akak hadiahkan tuh memang menjilat jari lah... cheestat aka pun memang best. sampai mak saya tak keluarkan kesemuanya bagi tetamu makan sbb katanya simpan sikit tuk makan sendiri krn terlalu sedap. Yati pun turut bangga kerana dengan adanya kerjasama daripada akak dapat lagi menjayakan sekaligus meriahkan majlis yati&fendy. Akhir kata yati&fendy doakan kejayaan akak dalam perniagaan ini. Amin..
November 18, 2009 11:12 AM

WEDDING CAKE - PULAI UTAMA



Assalammualaikum...
Tempahan wedding cake tema merah putih datang dari Ana..menempah bagi pihak kawannya..inginkan design simple sesuai dengan bajet yang diperuntukkan..wang bukan segalanya..di batrisyiadelights segala impian bole jadi kenyataan..Insyaallah..

WEDDNG CAKE- ROS BT PAHAT



As
Assalammualaikum...

Pemilik sebenar wedding cake ini adalah Mona teman baik saya ..merangkap student..merangkap semuanya lah..hehe..Mona baru nak berjinak2 dalam dunia mengekek nie..sedang mengikuti wilton course lagi..Mona menghadiahkan 3 tiers wedding cake di atas kepada teman sepejabatnya Ros..saya tolonglah mona sikit2 dalam menyiapkan kek kawin pertamanya nie..tolong siramkan steam buttercream..bagi idea sikit2..yang lain tu saya paksa mona melakukan sendiri.hehe...akhirnya mona berjaya menyudahkannya..tahniah ye Mona..

Ros turut menempah dengan saya cupcake hantaran buttercream dan 300 biji cheesetart..Terima kasih banyak2 ye Ros..semuga mahligai bahagia kekal selamnya.AMIN

WEDDING CAKE- DATIN EL MASAI





Assalammualaikum...
Tempahan dari kak lela @ Datin El ni sebenarnya pada 14hb nov yang lalu..baru ini saya berkesempatan ..maaf ye kak lela..Berurusan dengan Datin yang baik hati dan peramah nie amat mengembirakan saya..manakan tidak..selama ni hanya kenal di alam siber .(kak lela duk kat KL, tp kg halaman kat Masai).tetiba muncul wajah anggun datin el yang senang dipanggil kak lela sahaja..Cantik sungguh kak lela ni pada pandangan saya..Kak lela menempah kek perkahwinan 3 tingkat, cupcake hantaran dan cheesetart..
Terima kasih banyak2 ye kak lela..lebih kurang mintak halal..semuga berjumpa lagi..

Wednesday, November 11, 2009

ERINA- Pulai Flora






Assalammualaikum...


Erina dari Pulai Flora menempah kek coklat moist 2kg sempena ulangtahun anak sulungnya yang ke 5 tahun..Erina ni selalu menempah produk dari batrisyiadelights..peramah dan simple je orangnya.

Ingat Erina nie, saya teringat satu kisah sedih..Alkisahnya masa bulan puasa ari tu , saya memang sibuk teramat buat kuih raya, maka segala tempahan kek, brownies saya tutup ..tapi si Erina ni ada mintak tlg saya buatkan walnut brownies sepapan untuk kawannya yang sedang sarat mengandung..nak sangat makan walnut brownies

Mulanya saya memang takda masa langsung nak buat..buat kuih raya pun sampai pukul 2/3 pagi..tapi dah 4/5 hari saya asyik teringat orng yang nak makan brownies nie..satu pagi tu pukul 3 pagi lepas buat kuih raya..saya pun malas2 + penat buatkan jugalah brownies tu..tuan punya brownies tu pun sayik merengek je kat Erina..

Esok2nya Erina bagitau saya, kawan dia makan brownies tu habis sepapan loyang 12" x 12"...makan sorang je..erina pun pelik juga..budak nie makan ke apa..Emm..Namun..Rezeki, Jodoh,ajal dan maut Allah yang tentukan..Selang beberapa hari lepas tu..kalau saya tak silap awal raya puasa..Kawan erina nie meninggal dunia semasa melahirkan..tetepi anaknya selamat..Saya bersyukur sgt2 sebab saya dah buatkan brownies untuk arwah..kalau tidak saya mesti terkilan tak sudah, Semuga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.Amin..

Sekian, secebis kisah untuk tatapan semua..segala yang berlaku ada hikmah disebaliknya...

AZIZAH - bukit indah






Assalammualaikum...

Azizah dari bukit indah menempah cupcake saiz M buat anak saudara yang menyambut hari ulang tahun ke 7 tahun..terima kasih banyak ye Azizah

BLUEBERRY CHEESETART


Assalammualaikum...
hai semua..sejak dua menjak ni ramai pulak order cheesetart dalam kuantiti yang banyak..alhamdulillah..rezeki anak2..rezeki mak juga..hahaha..Terima kasih banyak2 kepada yang tak jemu2 menghadap cheesetart saya nie..
Liza UTM 150 bj, Syahida UTM 75bj, Cikgu Yati 700 bj..
Terima kasih semua