Sunday, July 27, 2008

PESTA FLORA DI DANGA BAY

inilah anak-anak akak..2 orang hero dan seorang heroin..yang baju belang hijau tu bukan akak tau...Inilah kereta Flora Negeri Terengganu yang menjadi pemenang

.Ini pulak kereta Flora Negeri Johor..Hidup johor...



Salam..hari ni akak sekeluarga pergi pulak Danga bay tengok Pesta Flora..Kereta-kereta Flora yang semalam tu ditempatkan di Danga Bay..semalam banyak yang tak dapat nak amik gambar..hari ni puaslah akak merakamkan keindahan setiap kereta flora tersebut..dan pemenang pesta Flora jatuh kepada Negeri Terengganu..tahniah untuk orang Terengganu...

PESTA FLORA PERINGKAT KEBANGSAAN 2008 DI JOHOR BAHRU












Assalammualaikum semua..penat membuat sample biskut raya,akak amik cuti rehat 2/3 hari...sempat la pulak bawak anak pegi tengok PESTA FLORA PERINGKAT KEBANGSAAN 2008..di Dataran Bandaraya..tapi sebab jln sesak giler..akak sekeluarga tunggu kereta-kereta flora tu kat depan M Suite hotel je..tepi pantai Lido..cantik-cantiknye kereta berhias bunga-bungaan tu..majlis dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agung..

Friday, July 25, 2008

FIRST TAG

Pyzam Family Sticker Toy
Create your own family sticker graphic at pYzam.com

Hari ni dapat tag pertama dari kenalan baru aLin..betul cakap alin..syok pulak buat benda nie..ye lah..apa salahnye memperkenalkan keluarga masing-masing melalui watak kartun-kartun nie...jadi apalagi..jom kita panjangkan pada...

1) kak ida

2) Nur

3) Lea

BLUEBERRY CREAM CAKE




Dalam kesibukan teramat lah sangat, sempat jugak akak buatkan kek blueberry nie, kesian pulak pada jiranku Dilla yang mahukan kek ni untuk harilahir emaknya Makcik Ani..Dah kenal rapat dan baik sangat dengan keluarga Dilla ni..apatah lagi anak-anak akak belajar mengaji dengan suami Dilla...so layannnzzz sajelah..

Monday, July 21, 2008

BUTTERCREAM CAKE


Kek span buttercream ni ditempah oleh seorang kenalan ..dia kata buatlah kek apa2 je..janji nak petang ni jugak..kek express la ni konon nye..maka keknya jadi camni laa..sempat pulak akak guna teknik steam buttercream..saja cuba-cuba..bolehlah kot..tapi lum perfect lagi..masih jauhhh lagi ni..

Sunday, July 20, 2008

BLUEBERRY CHEESETART LAGIII..



Blueberry cheesetart untuk adik-adik student Universiti Tun Hussien Onn dan juga untuk Ina serta Dilla..

Saturday, July 19, 2008

BISKUT RAYA













Salam semua...menarik tak biskut raya akak ni?...sample biskut ni dimintak oleh jiran akak yang beria-ia bebeno nak bisnes biskut raya tahun ni..alkisahnya tahun lepas first time dia makan biskut akak, belum sampai raya semua biskut-biskut tu dah habis kena ngap...tu yang dia semangat bebenor nak jual biskut raya yang akak buat...adik beradik dia pun sama jugak..hehehe..ye ke sedap ek...ye la tu kan..kan..

Friday, July 18, 2008

KISAH BENAR DI PAGI JUMAAT

Alkisahnya sedang akak ni syok menyiapkan blueberry cheesetart tadi, tiba-tiba handphone berbunyi...ingat sapalah yang ngacau pepagi ni...rupa-rupanya yang kol akak adalah CHEF ANUAR yang glamour tu....akak pun terperanjat beruklah dibuatnya..apa ke hal chef ni kol...hehehe...rupanya dia nak tanya dah dapat ke buku resepi terbaru yang dia poskan aritu...isyyy..seronok benar teman dapat panggilan tu...ingat dia nak saman pasal keluarkan resepi kek pisang aritu...tapi chef ni memang akak tabik spring..orangnya kaya dengan ilmu dan nampak ikhlas sesangat bila mengajar masak-masak ni..terima kasih chef yang baik hati..
BLUEBERRY CHEESETART







Cheesetart ni di order oleh jiran akak...sebenarnya si Yati ni dia nak suruh akak buat kek kawin coklat moist 3 tingkat...tapi budak bertuah ni beritahu sehari sebelum majlis berlangsung, mintak maaf lah banyak2...memang confirm tak boleh buat..tak berani akak nak buat..nanti tak senonoh jadiknya..mana nak cari barang kek lagi...sebagai gantinya dia order blueberry cheesetart ni..terima kasih yati..

Thursday, July 17, 2008

DADIH...DADIH





Yuk cuci mata dan tekak kita dengan menikmati dadih-dadih ni...Cuaca pun panas ditambah dengan musim buah durian ni............ramai yang sakit tekak kan.......Dadih untuk R&R....

Tuesday, July 15, 2008

KEK PISANG SPECIAL


Kek pisang ni memang sedap, lembut dan gebu..lain sangat dari kek2 pisang yang akak dah pernah buat...nak resepinya...boleh..resepi chef Anuar...dari buku terbarunya...

bahan-bahan:

200 gm gula kastor
4 biji telur(gred b)
45 ml susu segar
250 gm tepung gandum
1/2 camca teh garam
3 gm soda bikarbonat
15 gm ovelette
2.5 gm serbuk penaik
170 gm pisang masak
1/4 camca teh esen pisang
1/2 camca teh esen vanilla
170 ml minyak jagung

Cara-caranya:
Campur gula, telur, susu, tepung, garam, soda, ovelette dan serbuk penaik dalam mangkuk pembancuh.Putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga kembang.Masukan pisang yang telah dilecek bersama-sama esen pisang dan vanilla.Kacau perlahan-lahan mengunakan camca.masukan pula minyak jagung, kacau rata.Isikan adunan dalam loyang dan bakar pada suhu 170'c lebih kurang 40 minit atau sehingga masak.
KEK COKLAT MOIST



Assalammualaikum...rasanya dah lama tak dapat update blog 'akak siti' nie..sebenarnya akak nie sibuk sikit akhir2 nie..jeng...jeng..sebabnya..tak bole bagitau sekarang..nanti dalam entry lain akak tunjukkan yer apa kebendanye yang akak buat, sampai tak sempat nak buat benda lain...Kek coklat moist ni untuk harijadi anak sulungku yang ke 14 tahun..mula2 ingat nak buat kartun kat atas kek tu..tapi angin malas pulak menyerang satu badan...nasib baik anakku si Amirul nie faham dengan kemalasan emaknya ini..

Wednesday, July 2, 2008

CUPCAKE COKLAT (BUTTERCREAM FROSTING)





Salam semua...jamu mata dengan cupcake coklat yang gebu nie..dihias dengan buttercream bersusu..sungguh harum dan lemak berkrim..rasa pun tak manis sangat...al kisahnyer cupcake nie dibuat oleh anak didik sulung ku..hehehe..tak sangka pulak "termengajar" kak Halijah dari Permas Jaya nie..bersungguh-sungguh dia nak belajar deko cupcake ni.. Sukanya hati kakak ni dengan jayanya dapat menghias cupcake....layannnn