Friday, November 28, 2008
Thursday, November 27, 2008


Friday, November 21, 2008
Thursday, November 20, 2008
snap work station anda
then... taruk link blog anda kat bawah gambar work station anda...iaitu bersebelahan dengan link-link blog yang ada..tengok contoh yang dibuat nih...begitulah seterusnya sampai bila-bila, ok...sekiranya tag ini berkembang... pasti akan ada banyak link-link di bawahnya...kalau tak... terencat la dia... ha ha ha...lastly...tolong pass tag ini pada tujuh (7) blogger lain...pass la pada siapa-siapa..

@LiYaNNuaR / Azza / Suzi / Kak Aniza / Shada / EynaJB/Siti
ahaa...inilah tempat akak mengapdet blog dan meneropong seluruh alam siber..kejap-kejap dok sini, kejap bangun pegi masak...jap lagi dok lagi sini..macam tu la ari-ari..surirumah ler katakan...
Kena tag 7 orang pulak.... yang terkena ni jangan marah kat akak pulak..dah gini undang-undangnya..tak dapek nak elak...
Wednesday, November 19, 2008




Anugerah yang berprestij nie..heheheh..dari Intan Terimakasih banyak ye Intan sebab sudi kasi kat akak walaupun blog akak tak seberapa bestnye..juga maaf ye..ada satu lagi tag dari Intan akak belum sempat buat lagi..nanti senang-senang akak buat yerk..Pada sapa pulak la akak nak bg award nie..ok laa..nie dia...
Monday, November 17, 2008
Wednesday, November 12, 2008


Ni resipi yang akak belajo dgn my sifu..
Sponge cake
bahan-bahan:
375gm tepung optima
75gm air
5 biji telur b
75gm butter cair/minyak masak
cara membuatnya:
- putar tepung, air dan telur pada kelajuan tinggi sehingga adunan betul-betul kembang dan gebu
- perlahankan kelajuan, masukkan butter/minyak, kacau rata-rata..pakai senduk kayu pun bole
- guna loyang 9" x 9", tak payah gris, cuma lapik kertas minyak
- bakar pada suhu 170' selama 50 minit.
Ini basic resipi untuk kek 1 kg..so..selamat mencuba...
Saturday, November 8, 2008




Hai...salam semua..birthday cake yang satu ni di tempah oleh si polan yang bernama Siti Aidah..selain kek ni dia order blueberry cheesetart skali..tapi nak yang saiz besar punya..kata dia 'baru sedap makan..rasa cheesenya'...apa-apa ajelah Aidah/Bedah..hehehe..'Etotmok' @ 'Chunama' jangan kasi tau..kesian dia....


Kek batik ni rasanya dah berkurun tak buat..tu yang bila kakak ipar ku yang tersayang suruh buatkan untuk anaknya..'anak sedara akak sendiri jugak'.....terpaksalah menjelajah kat 'myresipi' cari resipi mana yang sedap..ni akak turunkan resipinyer..kopies sahaja..tksh ye tuan punya resipi..tp memang sedap la kek batik nie...
Bahan-bahan ( ramai yg blh mkn ni )
1 bgkus besar biskut marie perasa original (ada 3 roll dlm 1 bgkus) - dipthkn 2 atau 3
1/2 tin besar susu pekat
180 gm butter
100 gm coklat bar masakan
2 1/2 cawan milo
1/3 cawan air panas
Cara-cara
kesemua bahan 2 - 6 dimasukkn kedlm kuali - masak dgn api yg perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. (lebih kurang 10-15min)
Masukkn biskut kedlm kuali gaulkan sehingga sekata.
Alihkn adunan kedlm loyang / bekas / tppware yg tlh disapukn butter dan tekan sehingga betul2 padat.. ( gunakan plastik utk menekan adunan spya x lekat ditgn). Simpan didlm peti sejuk 1 - 2 jam.
Keluarkan dr loyang & potong.. SIAP ..dah boleh mkn daaaaaaa....


PERHATIAN: TEMPAHAN UNTUK HARI RAYA AIDILADHA DIBUKA SEKARANG
(kecil) 2.5cm bottom, 4cm top ::::::50 biji = RM 32 ::::::
(besar) 4.5cm botton, 6.5cm top ::::::16 biji = RM 35 ::::::
Alhamdulillah, ada tempahan blueberry cheesetart...bukan apa..cuma nak cepat perabis stos cheese..oleh kerana ramai yang suka dan minta resipi..nie akak turunkan di bawah nie..jangan tak buat..udah...
200gm butter
100gm gula aising
30gm telur} 1/2 biji telur A
300 gm tepung gandum}klu lembik tambah sket lg..pandai2 la
garam
Cara-cara:
Bahan Cheese:
250gm cream cheese
50gm butter
60gm gula halus
1 biji telur
Tuesday, November 4, 2008


Salam semua...kek coklat moist ni bukan untuk sapa-sapa pun..untuk makan sendiri jer..anak-anak akak memang suka sangat dengan menda-menda berunsur coklat..kira "fanatik" abis laa ..resipi ni salah satu resipi yang selalu akak gunakan untuk tempahan kek coklat..resipi dari "FP Zahurinina" kalau tak silap..terima kasih ya tuan punya resipi..memang sedappp..
bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum}
2 sudu kecil baking powder}ayak 3 X
2 cawan gula halus
4 biji telur gred A
250gm buttercup
2 sudu kecil esen vanilla
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas
1/2 cwn susu cair
Cara membuatnya:
- Masukkan koko,gula halus dan air panas kedalam periuk dan jerangkan atas api perlahan sambil dikacaurata hingga berkilat.Padamkan api.Sejukkan dan tuang susu cair, kacau rata, ketepikan.
- Putar butter dan gula hingga kembang, selepas itu masukan telur sebiji demi sebiji, masukkan vanilla, kacau rata.
- Masukkan tepung gandum berselang seli dengan adunan koko yang telah dimasak tadi.kacau rata-rata.
- Masukkan dalam loyang 9" x 9", yang dialas kertas dan digris.
- Bakar pada suhu 180' selam 1 jam atau sehingga masak.
selamat mencuba..