Wednesday, December 30, 2009

PERUBATAN ASMA CARA TRADISIONAL

Assalammualaikum semua ...
Saya dengan perasaan rendah diri ingin memohon bantuan kawan-kawan, rakan pengunjung..manalah tau sapa2 yang tahu atau pernah mendapatkan rawatan penyakit ASMA secara tradisional...kalau boleh sekitar johor bahru, pontian batu pahat..atau kawasan2 yang sewaktu dengannya..tolong bagitahu saya ya..

Tuesday, December 29, 2009

JALAN-JALAN CUTI SEKOLAH- MELAKA..KL..GENTING

nenek cha senyum sakan potong kek harijadi..yang ke 63tahun..awet muda kan???

Kebetulan harijadi mak mertua dan anniversary adik ipar..makan-makan kat TTDI

ucu suap kek kat mak mertua saya..nenek cha lerr..


kak ngah pulak tgh suap kek kat nenek cha ..abg long..(abah cha)..malu la...


ni nape lak macam penyu demam jek cha?..

nak buat apa lagi lah si cha nihh..


abg long.. 'orang'. yang cha selalu ngadu bila gaduh ngah abg ngah. Berbaloi-baloi bawak abg long jalan.."PMR dapat 8 A..tahniah ye Amirul..semuga kejayaan ini menjadi pendorong pada adik-adik..


cha mmg tak boleh duduk diam..


musuh ketat nih..cha ngan abg ngah..


Cha kat pokok emas..berangan la tu..


Assalammualaikum...
Sedikit coretan dan gambar2 yang sempat dirakam dibeberapa buah lokasi percutian..kekadang tu terlupa langsung nak ambil gambar..sementelah lagi saya memang tak suka nak bergambar..malu seh!!!so cuci mata tengok gambar keluarga saya dan kelurga adik2 ipar aje lah ye..saya tukang ambik gambar saje..saya bertolak dari rumah(JB) hari Sabtu 19hb dis..balik ke JB semula jumaat 25hb..Puas juga lah jalan2..tapi tak berkesempatan nak sambung bercuti ke Mersing..cuaca tak elok..untuk ambil hati diaorang yang tak dapat mandi2 kat Air papan tu..saya gantikan dengan 'dinner' kat SENIBONG hmmm...makan...makan....penat memang penat..poket pun dah mintak tolonggg..hehe..tetapi berbaloi sangat..masa kat KL tu..PMR dah keluar result..Cikgu Anak saya Mohamad Amirul Ariff call & bgtau abg long mendapat keputusan membanggakan ..8 A...Alhamdulillah....Terima kasih kepada cikgu2 yang tak pernah kenal erti penat mendidik anak2 bangsa kita..Amirul memang layak memperolehi kejayaan kerana sedari awal lagi dia sudah berusaha bersungguh-sungguh..semuga terus berjaya & berbahagia anakku dan menjadi anak yang berguna di dunia dan akhirat...Amin..

KEK STEAM BUTTERCREAM HANTARAN- KULAI



Assalammualaikum...
Saya minta maaf sesangat....betul2 terlupa nama yang menempah kek nie..maklumlah
dah lama baru nak update..tema putih orange..terima kasih kepada yang menempah..

Monday, December 28, 2009

3 TIERS WEDDING CAKE- ita ypj






Assalammualaikum...
Lebih seminggu saya tak berkesempatan mengemaskini blog saya ini..bukan sibuk membuat tempahan..sebaliknya saya sibuk pergi jalan-jalan...cuti-cuti malaysia..seminggu saya berada di Melaka dan Kuala Lumpur..Kek di atas ditempah oleh Ita dan keluarganya sempena perkahwinan adik Ita..Terima kasih bnayak2 ye Ita..Semuga berpuas hati..

CC HANTARAN - ita ypj




Terima kasih banyak2 Ita dan keluarga..

CUPCAKE & MUFFIN 1600 BIJI- ITA YPJ


Jutaan terima kasih kepada Ita dan keluarganya yang menempah cupcake dan muffin berkat sebanyak 1600 biji..ada lagi..cupcake hantaran dan juga kek kahwin 3 tingkat..

CUPCAKE- siti zubaidah jb


Terima kasih banyak kepada siti...sentiasa sokong akak..

CUPCAKE- ikin utm




Terima kasih banyak kepada Ikin, UTM..

CC HANTARAN - HIDAYAH KL


Terima kasih banyak2 ye Hidayah..

OREO CHEESECAKE- JB



Terima kasih banyak2 kepada kawan suami yang menempah..nama terlupa nak tanya..

Wednesday, December 16, 2009

KELAS CHEESETART & BROWNIES - 14HB DEC 09


Assalammualaikum...
Dah lama saya tak mengadakan kelas...kelas kali ini pun sebenarnya diminta sangat-sangat oleh seorang cikgu yang bernama kak Siti..Berkali-kali dia minta..sampai satu ketika dia macam merajuk sekejap..pastu dia tanya balik bila boleh ajar dia..hehehe..dia nie berhajat benar nak menyumbang cheesetart kepada saudaranya yang akan melangsungkan perkahwinan..Saya pun fikir..apa salahnya saya tolong dia..Allah maha Pemurah...ramai pulak yang menyertai kelas saya kali ini..Alhamdulillah..Terima kasih banyak2 kepada semuanya ya..Kak siti, Erina, Mazlin, Liza & 3 beradik yang hebat2 belaka.. Nolie, Zila dan Nora....Semuga semuanya berpuas hati dan bolehlah makan cheesetart puas-puas lepas nie..boleh jadi usahawan jaya..Insyaallah..

CUPCAKE- ANA


Assalammualaikum...
Dalam banyak2 gambar cc nieyang diambil..satu je yang siuman..hehe..tangan terlepas bedung agaknya..Terima kasih ana..

BLUEBERRY CHEESETART- ITA & FAIZAL

Assalammualaikum...
Lagi tempahan dari Ita YPJ sebanyak 250 biji dan Faizal UTM 100 biji..Terima kasih banyak2..

Tuesday, December 15, 2009

3 TIERS WEDDING CAKE- NURUL TAMAN U



Assalammualaikum...
Nurul dari Taman Universiti menempah 3 tiers wedding cake sempena majlis perkahwinan adiknya..tema purple white..dalam gambar nampak macam biru pulakk..terima kasih banyak2 ye nurul atas segalanya..

KEK HANTARAN STEAM BUTTERCREAM- HAMDAN TIRAM DUKU




Assalammualaikum...
Tempahan dari Hamdan Tiram Duku Gelang Patah untuk hantaran pertunangannya..Terima kasih ye hamdan dan juga terima kasih tak terhingga buat irma ...Harap berpuas hati ye..

..

KEK HANTARAN STEAM BUTTERCREAM DAN CUPCAKES- NURUL TABUNG HAJI






Assalammualaikum...
Tempahan dari Nurul Tabung haji..menempah kek hantaran sempena perkahwinan abangnya..Nurul juga menempah 100 biji cupcakes untuk makan damai..Terima kasih banyak-banyak ye Nurul...